Wednesday, March 9, 2011

MAKLUMAN PENTING : Undian telah dijalankan

Setelah mendapat mandat daripada KPP Kokurikulum dan Jawatankuasa Teknik, kami ingin menarik perhatian anda kepada perkara-perkara berikut :

1.  Pihak tuan rumah TIDAK AKAN menyediakan kaunter pinjaman alatan (Body Protector, arm guard etc) sebagaimana amalan biasa. Oleh itu, anda diwajibkan menguruskan sendiri kemudahan alatan tersebut. Suka diingatkan, perserta tidak akan dibernarkan bertanding sekiranya tidak memakai alatan perlindungan.

2. Kita akan menggunapakai 3(TIGA) buah gelanggang untuk acara seni dan olahraga.

3. Undian dan giliran bertanding bagi ketegori silat seni dan silat olahraga TELAH dijalankan terlebih awal. Bagi acara seni, setiap zon telah dibahagikan sama rata kepada 3 buah gelanggang. Markah akan di "sort and ranking" mengikut zon untuk mencari 4 pasukan terbaik ( BUKAN mengikut gelanggang).

4.  Bagi acara silat olahraga, "BY" diberikan kepada pasukan-pasukan yang mendapat kedudukan 1,2,3 dan 4 dalam setiap kategori pada kejohanan tahun lepas (Kejohanan Silat di MRSM Gemencheh) dan pasukan tuan rumah.

5.  Jadual penuh keputusan undian boleh didownload di link berikut . Sila klik untuk download.

                       UNDIAN DAN JADUAL PERTANDINGAN


"Sudahkah Anda Berselawat Hari Ini"

No comments:

Post a Comment