Wednesday, March 9, 2011

MAKLUMAN PENTING : Undian telah dijalankan

Setelah mendapat mandat daripada KPP Kokurikulum dan Jawatankuasa Teknik, kami ingin menarik perhatian anda kepada perkara-perkara berikut :

1.  Pihak tuan rumah TIDAK AKAN menyediakan kaunter pinjaman alatan (Body Protector, arm guard etc) sebagaimana amalan biasa. Oleh itu, anda diwajibkan menguruskan sendiri kemudahan alatan tersebut. Suka diingatkan, perserta tidak akan dibernarkan bertanding sekiranya tidak memakai alatan perlindungan.

2. Kita akan menggunapakai 3(TIGA) buah gelanggang untuk acara seni dan olahraga.

3. Undian dan giliran bertanding bagi ketegori silat seni dan silat olahraga TELAH dijalankan terlebih awal. Bagi acara seni, setiap zon telah dibahagikan sama rata kepada 3 buah gelanggang. Markah akan di "sort and ranking" mengikut zon untuk mencari 4 pasukan terbaik ( BUKAN mengikut gelanggang).

4.  Bagi acara silat olahraga, "BY" diberikan kepada pasukan-pasukan yang mendapat kedudukan 1,2,3 dan 4 dalam setiap kategori pada kejohanan tahun lepas (Kejohanan Silat di MRSM Gemencheh) dan pasukan tuan rumah.

5.  Jadual penuh keputusan undian boleh didownload di link berikut . Sila klik untuk download.

                       UNDIAN DAN JADUAL PERTANDINGAN


"Sudahkah Anda Berselawat Hari Ini"

Monday, March 7, 2011

Ketibaan dan Penginapan Awal

1.  Semua kontinjen digalakkan mengatur perjalanan agar tiba awal ke MRSM Kota Putra. Kami akan menyambut ketibaan anda seawal jam 5.00 petang 19 Mac 2011 (SABTU) lagi.

2. Walau bagaimanapun , kami tidak dapat menyediakan makan malam pada petang tersebut. Anda dicadangkan makan malam terlebih dahulu sebelum masuk ke kawasan kami.

3.  Mana-mana kontinjen yang sampai awal, akan dibenarkan membuat sesi penyesuaian gelanggang pada malam tersebut.

4. Sekiranya anda bercadang datang awal, sila SMS kepada urusetia sambutan kami :
  USTAZ AZLAN : 019 996 1917. Sila nyatakan nama kontinjen dan jangkaan waktu ketibaan.

"Sudahkah Anda Berselawat Hari Ini"