Tuesday, February 22, 2011

Muzik Gendang Rasmi

Mesyuarat telah memutuskan untuk memilih muzik GENDANG SILAT KEDAH sebagi lagu rasmi untuk kejohanan kali ini. Untuk membantu latihan setiap kontinjen, kami sertakan disini muzik tersebut. sila klik untuk download

GENDANG SILAT KEDAH


"Sudahkah Anda Berselawat Hari Ini"

RALAT : Makluman Penting !!!

Terdapat beberapa ralat yang perlu diberi perhtain oleh semua kontinjen untuk tindakan selanjutnya :

1.  Bilangan peserta bagi setiap kontinjen MAKSIMA 14 ORANG SAHAJA.
2.  Peserta BEBAS  memilih penyertaan dalam MANA-MANA KATEGORI dengan jumlah maksima   
     penyertaan bagi setiap peserta adalah 2 acara sahaja.  ( samada 2 acara seni sekaligus atau 1 acara seni  
     dan 1 acara olahraga)
3. Kesemua acara silat olahraga perlu mengikut kelas berat yang ditetapkan.

Dengan makluman ini, bermakna syarat terdahulu adalah terbatal. Makluman rasmi telah dihantar melalui faks ke pejabat MRSM masing-masing. Sila dapatkankan salinan tuan/puan.
"Sudahkah Anda Berselawat Hari Ini"

Monday, February 7, 2011

Apa Yang Baru Kali Ini?

Itulah soalan yang paling banyak ditanya kepada kami. Secara detailnya, kami telah nyatakan didalam fail yang perlu anda download. Namun, secara ringkasnya, kami senaraikan disini apa yang baru untuk KPSMK8 ini:

1.   Jumlah maksimum penyertaan HANYALAH 14 ORANG sahaja. (7 Lelaki dan 7 Perempuan)

2.  Sekiranya perlu, setiap peserta hanya  boleh memilih satu kategori silat seni dan satu kategori silat olahraga. Penyertaan dalam kategori (seni / olahraga) yang sama adalah tidak dibenarkan.

2.  Peserta bebas memilih mana-mana kategori yang dipertandingkan. (samada 2 acara seni sekaligus atau 1acara seni dan satu acara olahraga)

3.  Jumlah guru pengiring hanyalah 1 orang sahaja berserta 1 orang jurulatih.

4. Penginapan adalah amat terhad, memandangkang kapasiti asrama kami juga terhad. Oleh itu, semua guru penasihat dan jurulatih mesti menginap di resort yang telah dicadangkan. Semua bilik penuh diisi termasuk sick bay (faham-fahamlah ye)