Monday, February 7, 2011

Apa Yang Baru Kali Ini?

Itulah soalan yang paling banyak ditanya kepada kami. Secara detailnya, kami telah nyatakan didalam fail yang perlu anda download. Namun, secara ringkasnya, kami senaraikan disini apa yang baru untuk KPSMK8 ini:

1.   Jumlah maksimum penyertaan HANYALAH 14 ORANG sahaja. (7 Lelaki dan 7 Perempuan)

2.  Sekiranya perlu, setiap peserta hanya  boleh memilih satu kategori silat seni dan satu kategori silat olahraga. Penyertaan dalam kategori (seni / olahraga) yang sama adalah tidak dibenarkan.

2.  Peserta bebas memilih mana-mana kategori yang dipertandingkan. (samada 2 acara seni sekaligus atau 1acara seni dan satu acara olahraga)

3.  Jumlah guru pengiring hanyalah 1 orang sahaja berserta 1 orang jurulatih.

4. Penginapan adalah amat terhad, memandangkang kapasiti asrama kami juga terhad. Oleh itu, semua guru penasihat dan jurulatih mesti menginap di resort yang telah dicadangkan. Semua bilik penuh diisi termasuk sick bay (faham-fahamlah ye)



5. Semua acara silat seni dipertandingkan terlebih dahulu. Diikuti silat olahraga. sila rujuk jadual kejohanan.

6.  Hanya 2 gelanggang akan dibuka.

7.  Masa yang diperuntukkan untuk kejohanan ini hanya 4 hari dan amat padat. Sila pastikan setiap kontinjen sampai awal terutama untuk sesi timbang. Timbang lewat tidak dibenarkan dan dikira tiada penyertaan.

8.  Sekiranya perlu penginapan awal, sila maklumkan pada kami. Peserta hanya dibenarkan masuk seawal jam 9.00 malam 19 Mac 2011. Sila makan malam terlebih dahulu.

9.Kontinjen daripada Borneo, sila maklumkan kepada kami terlebih awal untuk urusan pengangkutan daripada Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

10. Sila rujuk memo penting dalam fail yang perlu anda download  untuk malumat lanjut.

Sekiranya anda ada kemusykilan, jangan segan untuk menghubungi kami.
Mohon doa daripada anda agar kejohanan ini berjaya dilangsungkan sebagaimana dirancang.
"Sudahkah Anda Berselawat Hari Ini"

No comments:

Post a Comment