Kegiatan kokurikulum di maktab merupakan kesinambungan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Di samping memperkukuhkan pengetahuan yang telah dipelajari, kegiatan luar bilik darjah boleh menggalakkan perkembangan sahsiah para pelajar untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab, mempunyai ketahanan diri, daya saing, daya tahan, daya juang dan berwawasan. Justeru amatlah wajar kegiatan kokurikulum seperti Kejohanan Pencak Silat MRSM Peringkat Kebangsaan Kali ke-8 2011 diadakan.
Pertandingan Silat Seni adalah bertujuan untuk menilai unsur-unsur seni yang terdapat dalam aspek persilatan meliputi aspek tari silat hinggalah aspek bela diri. Pertandingan ini bertujuan untuk menilai persembahan sesuatu pasukan mengikut kaedah-kaedah pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Manakala Silat Olahraga ialah pertandingan pencak silat yang menampilkan pesilat dari dua sudut yang berbeza.Kedua-duanya saling berhadapan dengan menggunakan unsur pembelaan dan serangan.
ACARA YANG DIPERTANDINGKAN :
SILAT SENI
BIL | ACARA | KATEGORI | MASA | HADIAH | |
PUTERA | PUTERI | ||||
1. | Seni Tari Silat. | 1 orang | 1 orang | 3 minit setiap kategori. | Tempat 1 - 6 bagi setiap kategori. (putera dan puteri) |
2. | Seni Tempur. | 2 orang | 2 orang | 3 minit setiap kategori. | |
3. | Seni Jurus Silat. | 4 orang | 4 orang | 3 minit setiap kategori. | |
JUMLAH PESERTA | 7 orang | 7 orang | JUMLAH KESELURUHAN | 14 ORANG |
SILAT OLAHRAGA
BIL | KELAS | KATEGORI | BERAT | MASA | HADIAH | |
PUTERA | PUTERI | |||||
1. | Kelas I ( 1 orang peserta) | ü | X | 50-55 kg | 1 minit 30 saat setiap babak | Tempat 1, 2, 3 dan 4 bagi setiap kelas |
2. | Kelas II ( 1 orang peserta) | ü | X | 55-60 kg | ||
3. | Kelas III ( 1 orang peserta ) | ü | X | 60-65 kg | ||
4. | Kelas I ( 1 orang peserta ) | X | ü | 45-50kg | ||
5. | Kelas II ( 1 orang peserta ) | X | ü | 50-55kg | ||
JUMLAH PERSERTA | 3 orang | 2 orang | JUMLAH KESELURUHAN | 5 org |
No comments:
Post a Comment