Monday, January 31, 2011

Download Fail Ini

"Gendang Perang Mula Dipalu "

Rasa itulah frasa terbaik bagi mengambarkan persediaan yang telah kami laksanakan.
Kami memahami betapa guru - guru penasihat resah menantikan kehadiran surat jemputan, namun kami pelu menunggu hasil mesyuarat penyelarasan bersama KPP Unit Kokurikulum , BPLM terlebih dahulu.

     Kami telah pun menghantar surat jemputan rasmi ke maktab anda melalui fax. Mohon diisi dan dikembalikan kepada kami secepat mungkin.

    Untuk maklumat lanjut, anda perlu download fail yang kami sertakan dalam blog ini. (Backup File juga telah dihantar ke webmaster anda). Sila klik di Fail Penting  atau klik sahaja disini

Wednesday, January 26, 2011

Selamat Datang Ke Blog KPSMK kali ke 8

Kegiatan kokurikulum di maktab merupakan kesinambungan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Di samping memperkukuhkan pengetahuan yang telah dipelajari, kegiatan luar bilik darjah boleh menggalakkan perkembangan sahsiah para pelajar untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab, mempunyai ketahanan diri, daya saing, daya tahan, daya juang dan berwawasan. Justeru amatlah wajar kegiatan kokurikulum seperti  Kejohanan Pencak Silat MRSM Peringkat Kebangsaan Kali ke-8 2011 diadakan.
Pertandingan Silat Seni adalah bertujuan untuk menilai unsur-unsur seni yang terdapat dalam  aspek persilatan meliputi aspek tari silat hinggalah  aspek bela diri. Pertandingan ini bertujuan untuk menilai persembahan sesuatu pasukan mengikut kaedah-kaedah pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Manakala Silat Olahraga ialah pertandingan pencak silat yang menampilkan pesilat dari dua sudut yang berbeza.Kedua-duanya saling berhadapan dengan menggunakan unsur pembelaan dan serangan.

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN :

SILAT SENI


BIL
ACARA
KATEGORI

MASA

HADIAH
PUTERA
PUTERI
   1.
Seni Tari Silat.
1 orang
1 orang
3 minit setiap kategori.

Tempat 1 - 6
bagi setiap  kategori. (putera dan puteri)
  2.
Seni Tempur.
2 orang
2 orang
3 minit setiap kategori.
  3.
Seni Jurus Silat.
4 orang
4 orang
3 minit setiap kategori.
JUMLAH PESERTA

7 orang

7 orang
JUMLAH             KESELURUHAN

14 ORANG